Setakat manakah imbasan DEXA ini selamat?
Jumlah radiasi yang digunakan untuk ujian ini adalah sangat rendah. Ia lebih kurang sama jumlahnya dengan pendedahan yang anda dapat dalam penerbangan yang mengambil masa lama dan kurang satu persepuluh daripada dos sinar-x dada.
Mengapakah saya patut menjalani imbasan DEXA?
Ia penting untuk mengesan osteoporosis, penyakit yang senyap. Tulang anda secara semula jadi hilang ketumpatannya bila anda menjadi lebih tua. Kehilangan ketumpatan ini melemahkan tulang. Tulang yang lemah akan mudah retak. Untuk membantu mencegah keretakan tersebut, adalah penting untuk mendiagnos osteoporosis (kehilangan ketumpatan tulang yang ketara). Osteoporosis boleh dirawat dengan diet yang teratur, senaman, dan ubat-ubatan untuk menolong tulang supaya kuat semula.
Ia juga berkesan untuk mengetahui kesan rawatan osteoporosis.
Siapakah yang patut menjalani imbasan DEXA?
Ia disyorkan untuk semua orang, jika anda:
- Perempuan yang sudah menopaus yang menghadapi risiko (contohnya: tidak mengambil terapi gantian hormon, rangka badan kecil, pengambilan kalsium rendah, kurang bersenam, merokok).
- Lelaki yang mempunyai penyakit klinikal yang dikaitkan dengan kerapuhan tulang.
- Mengambil ubat yang boleh menyebabkan kerapuhan tulang termasuk kortikosteroid, ubat antiseizure seperti dilantin atau dos tinggi dadah gantian tiroid.
- Mempunyai diabetes jenis 1, penyakit hati, penyakit buah pinggang, ketidaknormalan pada tiroid, atau sejarah keluarga menghidap osteoporosis.
- Mengalami patah tulang selepas hanya trauma kecil.
- Mempunyai bukti patah tulang vertebra atau tanda-tanda lain osteoporosis.
Bagaimanakah saya patut bersedia untuk imbasan DEXA?
Pada hari pemeriksaan, makan seperti biasa, tetapi jangan ambil suplemen kalsium sekurang-kurangnya 24 jam sebelumnya.
Maklumkan kepada doktor anda jika anda baru menjalani pemeriksaan barium atau telah disuntik dengan bahan kontras untuk imbasan tomografi berkomputer (CT) atau imbasan radioisotop. Jika anda menjalani prosedur itu, anda mungkin perlu menunggu selama 10-14 hari sebelum menjalani ujian DEXA.
Bagaimanakah imbasan DEXA dijalankan?
bergerak semasa prosedur untuk memastikan imej yang terang dan jelas diperolehi. Mesin DEXA menghantar pancaran sinar-x berdos rendah nipis lutsinar melalui tulang dan imej dijanakan pada monitor komputer. Ia pantas dan tidak menyakitkan. Ia mengambil masa hanya beberapa minit untuk memeriksa ketumpatan tulang pada tulang belakang dan pinggul. (Tulang pinggul dan tulang belakang adalah kawasan yang biasa diperiksa kerana ia paling mudah retak jika tulang anda lemah).
|