Skor Kalsium

Apakah Skor Kalsium?
Ia adalah teknik untuk memperoleh Skor Kalsium Koronari Arteri (CAC) menggunakan imbasan Tomografi Berkomputer (CT).

Jumlah kalsium dalam arteri jantung boleh dikira menggunakan sama ada pancaran-elektron CT (EBCT) atau pengesan berbilang baris CT (MDCT). Ini adalah teknologi paling terkini dan tidak invasif yang menggunakan pengimbas CT berkelajuan tinggi dan perisian komputer paling canggih untuk mengesan dan mengukur jumlah kalsium dalam arteri koronari. Kajian terbaru menunjukkan hubung kait yang baik antara kedua-dua modul pengimejan.

Kehadiran kalsium koronari bermakna kehadiran plak aterosklerotik. Ia selalunya tidak ditemui dalam saluran koronari sihat. Sebaliknya, plak aterosklerotik tidak semestinya menunjukkan pembentukan kalsium.

Kita boleh mengagak jumlah kalsium yang wujud melalui kaedah skor kalsium, contohnya skor Agatston atau Volum. Nilai kalsium akan menjadi lebih baik bila ia diasingkan mengikut umur dan jantina individu.

How useful is Coronary Artery Calcium Scoring as an added tool for cardiovascular risk assessment?
Penyakit Arteri Koronari (CAD) ¡®kesempitan aterosklerotik pembuluh darah jantung¡¯ adalah penyebab paling banyak kemasukan ke hospital dan kematian di kebanyakan negara termasuk Malaysia. Pesakit yang telah lama menghidap CAD memerlukan penjagaan dan rawatan khusus daripada pakar kardiologi.

Statistik CAD adalah menggerunkan termasuk fakta bahawa satu pertiga daripada mereka yang menghidap penyakit jantung pada awalnya mendapat serangan jantung. Daripada jumlah tersebut, 25 peratus mungkin tidak sempat mendapat rawatan perubatan dan oleh itu tidak dapat diselamatkan.

Maka, salah satu daripada pencegahan kardiologi ialah mengesan CAD pada individu yang nampak seperti sihat dan mengenal pasti mereka yang berisiko mendapat CAD. Dengan memperkenalkan perubahan dalam gaya hidup dan kerjasama farmakologi di kalangan individu yang berisiko tinggi, kami boleh mengurangkan risiko kejadian masalah kardiovaskular dan mungkin memperlahankan atau menghentikan penyakit aterosklerotik.

Salah satu kaedah megenalpasti risiko yang digunakan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, contohnya jantina, umur, tahap kolesterol yang tinggi, diabetes mellitus, merokok dan tekanan darah. Model skor yang selalu digunakan adalah skor risiko Framingham dan Euroscore.

Bagaimanapun, skor risiko koronari boleh menjelaskan hanya 70 peratus risiko keseluruhan CAD. Di kalangan pesakit yang mempunyai risiko rendah-sederhana, strategi baru untuk mengenalpasti risiko diperlukan. Salah satu strategi yang muncul ialah penyataan kuantiti kalsium arteri koronari.

European Guideline on Cardiovascular Disease Prevention 2003 menyatakan bahawa skor kalsium ¡°adalah parameter yang penting untuk mengesan individu-individu asimptomatik yang menghadapi risiko tinggi untuk kejadian CAD pada masa depan, yang bebas daripada faktor risiko tradisional.

Setakat manakah Imbasan CT untuk Skor Kalsium Arteri Koronari selamat?
Imbasan CAC dengan pengimbas CT selamat dan melibatkan dos radiasi yang rendah (1.5-2.4mSv). Pernyataan ini dalam terma umum boleh diterjemahkan kepada risiko seumur hidup untuk mendapat kanser yang mengancam nyawa hanyalah 0.0038-0.0060%.

Mengapakahkah saya perlu menjalani penyiasatan Imbasan CT untuk Skor Kalsium Arteri Koronari?
Bahan bacaan yang telah diterbitkan sehingga sekarang tidak pernah mendefinisikan dengan jelas siapa yang sepatutnya atau boleh mendapat manfaat daripada penilaian skor kalsium. Walaubagaimanapun terdapat persetujuan umum bahawa skor kalsium berguna untuk mereka yang mempunyai faktor risiko koronari yang signifikan dan dianggap mempunyai kebarangkalian penyakit rendah ke sederhana. Diharapkan dengan mengenalpasti kehadiran aterosklerosis (lapisan plak kolesterol dalam pembuluh darah jantung), seseorang boleh memulakan dengan efektif tindakan mengubah gaya hidup atau rawatan untuk mengelak kejadian serangan jantung yang serius/membawa maut.

Siapakah yang patut menjalani Imbasan CT untuk Skor Kalsium Arteri Koronari?
Sesiapa yang berumur 45 tahun ke atas (lelaki) dan 55 tahun (wanita) dan anda mungkin mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Kolesterol Tinggi LDL
  • Kolesterol Rendah LDL
  • Sejarah keluarga CAD
  • Tekanan darah tinggi
  • Merokok
  • Berat badan berlebihan/Obes
  • Kencing Manis
  • Tidak aktif secara fizikal atau mempunyai gaya hidup yang kurang aktif

Bagaimanakah Imbasan CT untuk Skor Kalsium Arteri Koronari dijalankan?
Arahan untuk menahan nafas akan diberi. Dengan pengimbas CT kami yang terkini, anda hanya perlu menahan nafas selama beberapa saat semasa imbasan jantung. Ia pantas, tidak menyakitkan dan tidak invasif.

Doktor dan pakar radiologi kami akan memproses imej-imej tersebut dan mengukur skor kalsium anda. Skornya akan dibandingkan dengan standard untuk umur dan jantina anda. Doktor anda kemudian akan membincangkan keputusan imbasan itu dengan anda.

Bagaimanakah saya perlu bersedia untuk menjalani Imbasan CT untuk Skor Kalsium Arteri Koronari?
Tiada sebarang persediaan diperlukan. Anda akan diminta untuk baring di atas meja pengimejan dan elektrod-elektrod ECG akan diletakkan pada badan anda.

Berapa lamakah masa yang diambil untuk menjalani Imbasan CT untuk Skor Kalsium Arteri Koronari?
Keseluruhan prosedur imbasan mengambil masa kurang daripada 5 minit.

Apakah yang terjadi selepas imbasan?
Tidak banyak yang dijangkakan selepas imbasan. Sebaik sahaja imbasan selesai, anda boleh meneruskan dengan program atau ujian seterusnya.

Adakah kemungkinan terjadi komplikasi?
Tiada komplikasi diketahui yang boleh dikaitkan secara terus dengan prosedur imbasan ini.

Apakah maknanya jika imbasan saya positif?
Imbasan yang positif bermakna anda mempunyai lapisan kolesterol pada pembuluh darah jantung. Walaubagaimanapun, ia tidak memberitahu anda betapa teruk pembuluh itu menyempit. Kajian menunjukkan bahawa lebih tinggi skor kalsium seseorang, lebih tinggi risiko seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan menghadapi serangan sakit jantung, mati atau memerlukan prosedur-prosedur seperti angioplasti atau pembedahan pintasan jantung.

Adakah imbasan negatif bermakna saya bebas daripada penyakit kardiovaskular?
darah jantung yang teruk adalah sangat rendah. Ia tidak pula bermakna anda tidak mempunyai penyakit aterosklerotik. Ini kerana sesetengah plak kolesterol tidak mempunyai lapisan kalsium. Satu CT angiografi koronari lebih efektif untuk mengesan lapisan seumpama itu. Walau bagaimanapun, ketiadaan lapisan kalsium menunjukkan kebarangkalian serangan sakit jantung dalam tempoh 2-5 tahun yang akan datang terjadi adalah sangat rendah.

 

Catatan: Ini hanyalah maklumat am. Hubungi doktor jika anda memerlukan sebarang nasihat perubatan atau sekiranya keputusan perubatan perlu dibuat.