| Ujian Stres Senaman | |
Apakah Ujian Stres Senaman? |
|
![]() Subjek sedang menjalani ujian stres senaman (bahagian hadapan) |
|
Adakah Ujian Stres Senaman Treadmill selamat? Ritma jantung yang abnormal juga boleh berlaku semasa ujian. Ritma jantung yang boleh membahayakan nyawa secara serius (ventricular tachycardia/ fibrillation) boleh terjadi dalam 1 hingga 5,000 kes. Status anda akan dipantau sepanjang ujian itu dijalankan oleh pakar perubatan atau juruteknik terlatih bagi mengesan keabnormalan semasa ujian. Mengapakah saya harus menjalani Ujian Stres Senaman Treadmill? Oleh itu jika anda menunjukkan gejala penyakit arteri koronari (CAD) yang dikenali atau disyaki atau ECG yang abnormal, ujian ini selalunya dilakukan bagi menilai kemungkinan penyakit itu. Malah, walaupun CAD disahkan, pakar perubatan anda akan meminta ujian ini dijalankan untuk penilaian risiko atau prognosis. Kadangkala, ia dilakukan dalam kes mereka yang menghidap penyakit injap jantung bagi menentukan masa untuk menjalankan pembedahan. Bagaimanakah Ujian Stres Senaman Treadmill dijalankan? Semasa ujian, mesin eletrokardiogram menyediakan rakaman berterusan kadar degupan dan ritma jantung. Elektrokardiaogram 12-plumbum dirakam secara tak selanjar. Tekanan darah diukur sebelum senaman bermula dan semasa setiap tahap senaman. Mesin treadmill akan bertambah kelajuan dan kecerunan pada tahap tambahan menurut protokol ujian. Sasaran ini dikira berdasarkan umur anda. Bagaimanapun, ia boleh dihentikan lebih awal jika orang yang mengambil ujian menunjukkan gejala yang membimbangkan (contohnya sakit dada, sesak nafas yang teruk, lemah, dan lain-lain) ataupun terdapat perubahan abnormal pada ECG dan tekanan darah. |
|
![]() Subjek sedang menjalani ujian stres senaman (bahagian belakang) |
|
Berapa tepatkah keputusan Ujian Stres Senaman Treadmill? Ia digunakan untuk memperlihatkan kemungkinan penyakit jantung iskemia tetapi kemungkinan garis asas/praujian penyakit mesti diambil sebagai perkiraan semasa membuat interpretasi keputusan. Contohnya dalam kumpulan penduduk risiko rendah, seperti lelaki bawah umur 30 tahun dan perempuan bawah umur 40, keputusan ujian positif lebih berkemungkinan merupakan positif palsu daripada betul-betul abnormal, dan keputusan yang negatif tidak menambah apa-apa maklumat baru. Dalam kumpulan penduduk risiko tinggi seperti mereka yang berumur 50 tahun ke atas dengan gejala-gejala tipikal sakit dada, keputusan negatif tidak boleh mengetepikan penyakit jantung iskemia, walaupun keputusan mungkin mempunyai sedikit nilai prognostik. Ujian senaman oleh itu mempunyai nilai diagnostik terbesar di kalangan pesakit yang mempunyai risiko sederhana penyakit arteri koronari. Kita juga mesti sedar bahawa ujian stres hanya boleh mengesan penyempitan salur darah yang benar-benar teruk (selalunya lebih daripada 70 peratus). Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk mengambil Ujian Stres Senaman Treadmill? Siapakah yang patut mengelak daripada menjalani Ujian Stres Senaman Treadmill?
Untuk mereka yang tidak boleh menjalani ujian kerana kekurangan fizikal (contohnya artritis, penyakit paru-paru, keadaan fizikal yang lemah) atau tidak berupaya mencapai sasaran kadar degupan jantung, ujian stres farmakologi boleh digunakan sebagai ganti.Dalam kes ini, sebagai ganti membuat senaman fizikal untuk membuatkan jantung stres, ubat disuntik untuk menjadikan jantung stres. Ujian treadmill ECG boleh digabungkan dengan imbasan (echocardiography) iaitu echocardiografi stres untuk memperbaiki sensitiviti ujian sehingga 85 peratus dan ketentuan sehingga 77 peratus. Apakah yang dimaksudkan jika keputusan ujian saya positif? Adakah ujian negatif bermakna saya bebas daripada mana-mana penyakit jantung? Seperti yang telah disebut sebelum ini, ujian ini mengesan hanya penyempitan arteri koronori yang teruk (>70%). Seperti yang kita ketahui hari ini, serangan sakit jantung berlaku bukan daripada penyempitan yang teruk tetapi penyempitan yang kecil dan sederhana. Maka, walaupun ia ujian yang bagus untuk mengesan kehadiran CAD, ia mempunyai kekurangan dan tidak muktamad. |
|
|