Endoskopi Gasteroenterologi

Apakah Endoskopi Gasteroenterologi?
Endoskopi Gasteroenterologi adalah ujian trek pencernaan dengan menggunakan skop fiberoptik yang fleksibel dan lembut. Prosedur ini membolehkan pakar perubatan melihat secara terus esofagus, perut, sebahagian usus kecil dan usus besar. Pakar perubatan juga boleh melakukan biopsi untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Endoskopi juga membolehkan pakar perubatan merawat sesetengah penyakit tanpa melakukan pembedahan terbuka. Walaupun sebagai pesakit luar, pembesaran semula usus yang telah menyempit dan pembuangan polip yang tumbuh di trek pencernaan juga boleh dilakukan dengan kaedah ini.

Siapakah yang patut melakukan ujian Endoskopi Gasteroenterologi?
Sesiapa sahaja yang mempunyai masalah gasteroenterologikal (sistem pencernaan).

Adakah ujian Endoskopi Gasteroenterologi ini selamat?
Ia adalah ujian yang cukup selamat di mana ianya dilakukan oleh pakar perubatan terlatih. Komplikasi jarang berlaku. Ia mungkin berlaku pada 0.1% pesakit yang menjalani prosedur endoskopi. Walaubagaimanapun, komplikasi biasanya berlaku pada pesakit yang menjalani prosedur teraputik seperti pembuangan polip tetapi jarang berlaku kepada pesakit yang melakukan ujian diagnosis.

Apakah jenis-jenis prosedur Endoskopi Gasteroenterologi?
Jenis-jenis Endoskopi Gasteroenterologi yang dijalankan adalah:

1. Endoskopi bahagian atas
Endoskopi bahagian atas dilakukan dengan menggunakan skop fiberoptik yang fleksibel melalui mulut untuk melihat esofagus, perut dan bahagian atas usus kecil. Pesakit selalunya diberi ubat pelali. Penyakit seperti hakisan pada esofagus, ulser peptik, radang perut dan jangkitan Helicobacter pylori boleh didiagnos dengan mudah.

Sebab-sebab ujian endiskopi bahagian atas dilakukan:

  • Ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian atas abdomen yang tidak hilang walaupun rawatan telah diberi.
  • Ketidakselesaan atau kesakitan pada bahagian atas abdomen dengan bukti yang menunjukkan terdapatnya penyakit organik yang serius seperti kehilangan berat badan dan selera makan.
    Sukar untuk menelan.
  • Terdapatnya simtom refluk yang persis.
  • Sebagai ujian susulan disebabkan oleh abnormaliti yang terdapat pada ujian radiologi.
    Sejarah keluarga yang menghidap kanser sistem pencernaan.
  • Diketahui mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit yang hampir sama dengan kanser sistem pencernaan seperti ¡®familial adenomatous polyposis¡¯.
  • Untuk memastikan ulser peptik telah sembuh sepenuhnya.

2. Kolonoskopi
Kolonoskop fiberoptik membolehkan pemeriksaan pada seluruh bahagian usus besar dengan menggunakan tiub panjang yang fleksibel melalui anus dan rektum. Sebarang abnormaliti pada usus besar dapat dikesan. Untuk ujian yang benar-benar berjaya, pesakit seharusnya melakukan persediaan awal pada usus dengan berpuasa sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari sebelum ujian dilakukan.

Sebab-sebab melakukan ujian kolonoskopi:

  • Najis berdarah
  • Pendarahan pada rektum
  • Sebagai ujian susulan disebabkan oleh abnormaliti yang terdapat pada ujian radiologi
  • Saringan kanser usus besar
  • Sejarah keluarga menghidap kanser usus besar
  • Menghidapi penyakit yang boleh menyebabkan kanser usus besar
  • Cirit-birit yang kronik tanpa diketahui sebabnya
  • Kesakitan pada abdomen yang tidak diketahui lokasi sebenar
  • Kehilangan berat badan dan selera makan tanpa diketahui sebabnya.

3. Sigmoidoskopi Fleksibel
Ujian sigmoidoskopi adalah lebih kurang sama dengan kolonoskopi tetapi skop yang digunakan lebih pendek dan hanya bahagian bawah usus besar sahaja diperiksa. Prosedur ini lebih mudah, cepat dan memerlukan penyediaan usus yang minimum berbanding kolonoskopi.

Sebab-sebab melakukan ujian sigmoidoskopi:

* Saringan kanser kolorektal
* Najis berdarah yang dialami oleh individu yang masih muda dan tidak berisiko untuk mendapat kanser kolon
* Sebagai ujian susulan disebabkan oleh abnormaliti yang terdapat pada ujian radiologi usus besar (rektosigmoid).

4. Kromoendoskopi
Kromoendoskopi adalah teknik yang menggunakan penyembur pewarna khas untuk pemeriksaan endoskopi yang lebih jelas untuk mendiagnos sebarang abnormaliti pada trek pencernaan.

5. Polipektomi
Polip adalah ketumbuhan yang abnormal pada trek pencernaan. Ia boleh menjadi benign (ketumbuhan tidak berbahaya) ataupun kanser. Polipektomi adalah prosedur di mana polip dibuang dengan menggunakan kaedah endoskopi untuk analisis yang lebih mendalam. Polipektomi boleh mengelakkan risiko terjadinya kanser.

 

Catatan: Ini hanyalah maklumat am. Hubungi doktor jika anda memerlukan sebarang nasihat perubatan atau sekiranya keputusan perubatan perlu dibuat.