| hs-CRP | |
Protein C-reaktif ialah bahan yang dihasilkan oleh hati dan dirembeskan ke dalam aliran darah. Rembesan ini akan bertambah dengan kehadiran keradangan. Keradangan memainkan peranan dalam permulaan dan penghasilan aterosklerosis, iaitu penyebab asas utama kepada Infaksi Miokardial (MI). Tahap CRP yang tinggi juga dikaitkan dengan risiko serangan jantung, strok iskemik, dan penyakit arteri periferal. Bagaimanapun, tahap CRP dalam darah biasanya sangat rendah sehingga satu ujian sensitif yang khusus diperlukan untuk mengukurnya. Ujian ini dipanggil ujian bersensitiviti tinggi CRP atau hs-CRP. hs-CRP membantu mengenal pasti pesakit yang mempunyai risiko infaksi miokardium (MI) pertama walaupun dengan risiko paras lipid (lemak dalam darah) rendah-ke-sederhana. Pengesanan kolesterol gagal untuk mengenal pasti hampir separuh daripada 1.3 juta individu yang mula menunjukkan tanda-tanda mendapat MI. Penambahan ujian hs-CRP pada pengesanan lipid standard akan meningkatkan penilaian risiko terhadap MI. Kajian menunjukkan gabungan hs-CRP dengan nisbah Kolesterol Total: HDL-Kolesterol merupakan indikator bebas yang paling berkesan untuk penyakit arteri periferal. Risiko pra-infarksi miokardial dan strok di kalangan lelaki dan perempuan yang kelihatan sihat dan bebas daripada faktor risiko tradisional juga dapat dikenalpasti. hs-CRP merupakan indikator yang baik untuk mengesan ketidakstabilan plak yang berterusan. Bukti terkini menunjukkan bahawa hs-CRP boleh membantu menilai risiko di kalangan pesakit yang mengalami ketidakstabilan angina (sakit dada). hs-CRP yang tinggi didapati menjadi penentu risiko yang berkesan dalam meramalkan gejala diabetes. Kehadiran hs-CRP yang tinggi juga menyokong kemungkinan peranan keradangan dalam patogenesis diabetes melitus jenis 2. Ujian hs-CRP mengukur risiko masalah jantung atau vaskular: * Kurang daripada 1.0 mg/L ¨C Risiko terendah |
|
|